Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang
hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas,
Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja
Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya
bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan
oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025
dan 1026. Sebuah lagi sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang
dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan
oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang
dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung or atau keluarga diraja Khmer
tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut
termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas
ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.
Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Terdapat
artifak arca-arca Buddha abad ke- 5 dan ke-6 Masehi di Beruas
menunjukkan kewujudan Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara
berpusat di Beruas.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah.
Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers
dari Kemboja.
Kajian lain menyatakan Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari
abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di
daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter )
arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga
menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang
Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah
Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan
sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas
tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua
kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah
suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa
peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa
kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
No comments:
Post a Comment