Thursday, 24 September 2015

SIAM DI KAMPUNG BALAI

Siam di Malaysia merupakan istilah yang dirujuk kepada orang Malaysia beretnik Thai. Secara politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai Bumiputera dan diberikan kedudukan serupa dengan orang Melayu, Kadazan-Dusun, Iban dan Portugis Melaka. Kebanyakan orang Siam Malaysia beragama Buddha dari mazhab Theravada. Tempat sembahyang mereka digelar "Wat". Setiap Wat mempunyai beberapa sami mentadbirnya.

Kebanyakan orang Siam Malaysia mengadakan hidup mirip dengan orang Melayu. Ini adalah terbukti khususnya di kalangan orang Siam Kelantan. Seorang tidak dapat membezakan seorang Melayu atau Siam jika mereka tidak didengari bahasa mereka sendiri. Satu-satunya tanda berlainan di kalangan mereka adalah agama dan bahasa. Selain itu orang Siam Malaysia adalah seperti Melayu oleh kerana mereka menutur loghat Melayu tempatan yang fasih.Orang Siam Malaysia sering mendapat naungan dari kerajaan-kerajaan negeri untuk kebaikan masyarakat mereka. Seringkali, kuil-kuil diberikan dana murah hati dari kerajaan negeri.

Menurut KOSMO, Sejarah penempatan orang Siam di Kelantan juga berkait rapat dengan sejarah negeri Kelantan sendiri. Paling mustahak katanya, kesan Perjanjian Bangkok 1909 yang telah memisahkan penduduk di bahagian utara negeri ini apabila Sungai Golok dijadikan sempadan antara wilayah yang dinaungi British dan Thailand.
Kesan perjanjian tersebut, Thailand atau kerajaan Siam ketika itu bersetuju menyerahkan naungannya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada British.
“Perjanjian Bangkok telah memisahkan penduduk berketurunan Siam dan Melayu daripada keluarga mereka yang tinggal di Patani, Yala dan Yaring.


Hari ini, pengkaji bakal mengkaji sebuah tempat yang berkait rapat dengan pengkaji iaitu Kampung Balai,Bachok,Kelantan. Pengkaji akan mengkaji dan memperincilkan skop kajian ini kepada Kampung Balai ,Bachok sahaja.

Kampung Balai terletak di Bachok, Kelantan, Malaysia. Lokasinya terletak 20KM daripada bandar Kota Bharu.Asal usul nama Kg Balai ialah "Barn Malai" iaitu Kampung Teratai. Terdapat sumber yang telah menyatakan bahawa komuniti Siam di kampung ini telah menetap di Kampung Balai 200 tahun yang lepas semasa Kelantan berada di bawah takluk Kerajaan Siam. Kemungkinan besar dan menurut sumber-sumber yang telah dikaji oleh pengkaji, penempatan kampung ini dibuka oleh komuniti Siam dan "Cina Kampung" yang berganding bahu memajukan penempatan Kg.Balai. Kegiatan ekonomi kampung Balai ialah berasakan Pertanian dan aktiviti Marin. Penanaman Padi dan Tembakau. Aktiviti marin seperti membuat ikan kering dan seupama dengan itu dipengaruhi oleh faktor geografi yang terletak di persisiran pantai. Dipercayai pada zaman dahulu semasa kegiatan penanaman padi sedang dijalankan terdapat sebuah tasik yang dipenuhi dengan bunga teratai. Komuniti Siam memetik teratai di tasik atau kolam kecil tersebut bagi menjalankan upacara keagamaan. Kaum "Cina Kampung" pula merupakan keturunan ke-8 atau keturunan ke-9 etnik Cina Fujian. Secara amnya, mereka telah lupa atau lost contact dengan moyang atau keturunan mereka di Fujian. Maka mereka terpengaruh dengan masyarakat Siam dan Melayu. Apa yang uniknya masyarakat Siam dan Cina Kampung di Kampung BAlai Fasih Berbahasa Melayu mengikut dialek Kelantan. Ada yang berpendapatan bahawa kaum Siam lebih pandai berbahasa dialek Kelantan daripada orang MElayu Kelantan. Kaum Siam, Cina Kampung dan masyarakat Melayu Kelantan di Kampung Balai bergaul umpama adik beradik dan sentiasa tolong menolong dalam aktiviti Pertanian dan Aktiviti laut seperti menjala ikan.

Dari segi bahasa pula, kaum siam di Kampung BAlai mempunyai bahasa siam yang dipengaruhi oleh Bahasa Siam dari Tak Bai. Oleh itu, sekiranya berbahasa siam kampung Balai dengan orang dari Thailand, semestinya sesetengan perkataan dari segi fonologi dan Morfologi akan menimbulkan kekeliruan antara mereka berdua.Gabungan dua budaya ini pula diasimilasikan dengan budaya masyarakat Melayu dari kampung-kampung yang berhampiran apabila dilihat dari aspek pemakaian, pemakanan, hiburan malah pemikiran termasuk soal berpolitik.

Pelbagai perayaan yang disambut oleh komuniti Siam di Kampung Balai iaitu Sai Ran/Sai Pret, Songkran, Wesak, dan semestinya Pesta Loy Krathong. Masyarakat Siam dikatakan mula menetap di kampung ini sejak kira-kira 200 tahun lalu, meneroka kawasan yang tidak berpenghuni dan nama Bachok juga dikatakan berasal dari gabungan bahasa Siam iaitu ban (kampung) dan chak (Nipah).
Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.
Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.[perlu rujukan]
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.
Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm#ixzz3mjChTv1r
© Utusan Melayu (M) Bhd


Antara aktiviti yang berkaitan dengan unsur-unsur mitologi atau pemujaan ialah Menyemah Pantai. di Bachok (1958), Kelantan, Dungun, Kijal, Kuala Merchang, Mukim Beserah, pesta puja pantai pernah berlangsung selama empat hari . Pesta yang diadakan di tepi pantai ini dilakukan sekali dalam setiap empat atau tujuh tahun. Seekor kerbau balar (putih) berusia lebih kurang tiga tahun dikorbankan. Pada hari pertama diadakan upacara mengasap kemenyan dan alat-alat magik yang akan digunakan. Pada masa itu pawang membaca jampi mantera dan perkataan `Allah' sering disebut.


























Ini diikuti oleh upacara melumur kerbau itu dengan air laut. Upacara diadakan pada hari kedua. Kerbau disembelih pada waktu maghrib hari ketiga. Dagingnya dimasak untuk jamuan mereka yang hadir sementara kepala dan kulitnya disumbat dengan sabut kelapa untuk memberi daya apung semasa dalam perjalanan sebaik sahaja ia dijahit. Beberapa jenis teater, termasuk menora, mak yong dan wayang kulit, masing-masing diiringi dengan kumpulan muzik dipersembahkan sebagai sebahagian daripada pesta puja pantai ini. Pawang dan pembantu-pembantunya mempersembahkan sampan yang diperbuat daripada tepung beras, daun nipah dan bangkai kerbau tadi kepada penunggu laut. Mereka meluncurkan sampan tadi ke laut lepas. Kemudian mereka kembali ke pantai dan ikut serta dalam majlis kenduri.

Selepas Perang Dunia II beberapa rencana, terutamanya dalam Utusan Melayu memperkecilkan upacara ini sebagai membazir dan bertentangan dengan ajaran Islam. Kemudainnya pada 1950-an PAS turut menentang amalan ini dana apabila PAS memenangi Kelantan pada tahun 1959, ia mengharamkan upacara ini sepenuhnya yang seterusnya turut diikuti oleh negeri-negeri lain . Bagaimanapun, pesta terakhir diadakan adalah pada 1976, iaitu 17 tahun selepas Kelantan berhenti melakukannya.

Itulah serba sedikit "Sejarah" kampung Balai, sekiranya terdapat silap dan salah, betulkanlah hamba.....

Buah nangka di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokan
Hamba budak baru belajar
kalau silap tolong tunjukkan.