Siam di Malaysia merupakan istilah yang dirujuk kepada orang Malaysia beretnik Thai. Secara politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai Bumiputera dan diberikan kedudukan serupa dengan orang Melayu, Kadazan-Dusun, Iban dan Portugis Melaka. Kebanyakan orang Siam Malaysia beragama Buddha dari mazhab Theravada. Tempat sembahyang mereka digelar "Wat". Setiap Wat mempunyai beberapa sami mentadbirnya.
Kebanyakan orang Siam Malaysia mengadakan hidup mirip dengan orang
Melayu. Ini adalah terbukti khususnya di kalangan orang Siam Kelantan.
Seorang tidak dapat membezakan seorang Melayu atau Siam jika mereka
tidak didengari bahasa mereka sendiri. Satu-satunya tanda berlainan di
kalangan mereka adalah agama dan bahasa. Selain itu orang Siam Malaysia
adalah seperti Melayu oleh kerana mereka menutur loghat Melayu tempatan
yang fasih.Orang Siam Malaysia sering mendapat naungan dari kerajaan-kerajaan
negeri untuk kebaikan masyarakat mereka. Seringkali, kuil-kuil diberikan
dana murah hati dari kerajaan negeri.
Menurut KOSMO, Sejarah penempatan
orang Siam di Kelantan juga berkait rapat dengan sejarah negeri
Kelantan sendiri. Paling mustahak katanya, kesan Perjanjian Bangkok
1909 yang telah memisahkan penduduk di bahagian utara negeri ini apabila
Sungai Golok dijadikan sempadan antara wilayah yang dinaungi British
dan Thailand.
Kesan perjanjian tersebut, Thailand atau kerajaan Siam ketika itu
bersetuju menyerahkan naungannya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan
Perlis kepada British.
“Perjanjian Bangkok telah memisahkan penduduk berketurunan Siam dan
Melayu daripada keluarga mereka yang tinggal di Patani, Yala dan Yaring.
Hari ini, pengkaji bakal mengkaji sebuah tempat yang berkait rapat dengan pengkaji iaitu Kampung Balai,Bachok,Kelantan. Pengkaji akan mengkaji dan memperincilkan skop kajian ini kepada Kampung Balai ,Bachok sahaja.
Kampung Balai terletak di Bachok, Kelantan, Malaysia. Lokasinya terletak 20KM daripada bandar Kota Bharu.Asal usul nama Kg Balai ialah "Barn Malai" iaitu Kampung Teratai. Terdapat sumber yang telah menyatakan bahawa komuniti Siam di kampung ini telah menetap di Kampung Balai 200 tahun yang lepas semasa Kelantan berada di bawah takluk Kerajaan Siam. Kemungkinan besar dan menurut sumber-sumber yang telah dikaji oleh pengkaji, penempatan kampung ini dibuka oleh komuniti Siam dan "Cina Kampung" yang berganding bahu memajukan penempatan Kg.Balai. Kegiatan ekonomi kampung Balai ialah berasakan Pertanian dan aktiviti Marin. Penanaman Padi dan Tembakau. Aktiviti marin seperti membuat ikan kering dan seupama dengan itu dipengaruhi oleh faktor geografi yang terletak di persisiran pantai. Dipercayai pada zaman dahulu semasa kegiatan penanaman padi sedang dijalankan terdapat sebuah tasik yang dipenuhi dengan bunga teratai. Komuniti Siam memetik teratai di tasik atau kolam kecil tersebut bagi menjalankan upacara keagamaan. Kaum "Cina Kampung" pula merupakan keturunan ke-8 atau keturunan ke-9 etnik Cina Fujian. Secara amnya, mereka telah lupa atau lost contact dengan moyang atau keturunan mereka di Fujian. Maka mereka terpengaruh dengan masyarakat Siam dan Melayu. Apa yang uniknya masyarakat Siam dan Cina Kampung di Kampung BAlai Fasih Berbahasa Melayu mengikut dialek Kelantan. Ada yang berpendapatan bahawa kaum Siam lebih pandai berbahasa dialek Kelantan daripada orang MElayu Kelantan. Kaum Siam, Cina Kampung dan masyarakat Melayu Kelantan di Kampung Balai bergaul umpama adik beradik dan sentiasa tolong menolong dalam aktiviti Pertanian dan Aktiviti laut seperti menjala ikan.
Dari segi bahasa pula, kaum siam di Kampung BAlai mempunyai bahasa siam yang dipengaruhi oleh Bahasa Siam dari Tak Bai. Oleh itu, sekiranya berbahasa siam kampung Balai dengan orang dari Thailand, semestinya sesetengan perkataan dari segi fonologi dan Morfologi akan menimbulkan kekeliruan antara mereka berdua.Gabungan dua budaya ini pula diasimilasikan dengan budaya masyarakat
Melayu dari kampung-kampung yang berhampiran apabila dilihat dari aspek
pemakaian, pemakanan, hiburan malah pemikiran termasuk soal berpolitik.
Pelbagai perayaan yang disambut oleh komuniti Siam di Kampung Balai iaitu Sai Ran/Sai Pret, Songkran, Wesak, dan semestinya Pesta Loy Krathong. Masyarakat Siam dikatakan mula menetap di kampung ini sejak kira-kira
200 tahun lalu, meneroka kawasan yang tidak berpenghuni dan nama Bachok
juga dikatakan berasal dari gabungan bahasa Siam iaitu ban (kampung) dan
chak (Nipah).
Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.
Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak
bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu
perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan
bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan
sebahagian daripada Kampung Nipah.[perlu rujukan]
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.
Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai,
lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih
memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.
Thursday, 24 September 2015
Friday, 22 May 2015
JANGAN BIAR DIA MASUK
NAK KASI DRAMATIC SIKIT......HEHEHEHE....BETARA LETAK SIPUT and BULU MERAK Jangan Bagi Dia Masuk......Karya Abg Anuar Darwisy *****MACAM ADA KESINAMBUNGAN AJERRR.........hurmmmmmm |
Hello....................
Hari nih Betara nak introduce kat korang sebuah buku yang baru sahaja diterbitkan....Hangat dari oven..OPPSSSsss!!!!Maksud aku.....Pasaran.
Tajuk:JANGAN BAGI DIA MASUK
MY REVIEW.......10/10 stars!!.
SINOPSIS:
Kisah berlabuh antara 3 beradik,
Yang sulung didamping syaitan,
Tuan kepada Sang Cindaku,
Pembangkit Ilmu Iblis Menyak,
Yang Minum Air Embun,
Titisan dari jantung pisang,
Pada asalnya habuan Hanuman
Bagi menghilangkan rasa dahaga.....
Sembilan keturunan syaitan laknat...
dia salah seorang mewarisnya................AMBARNINGSIH....
REVIEW: ************* 10/10
Susunan jalan cerita yang begitu sempurna sekali sudah pastinya mengasyikkan para pembaca.Tambahan pula bunyi gemelan yang sentiasa bergegaran di ruang fikiran pembaca secara tidak langsung telah memukau dan meremangkan bulu roma pembaca.
Novel Jangan Bagi Dia Masuk juga telah mengingatkan Betara tentang kampung Betara.....Kg Balai,Bachok.Berjalan kaki dari rumah nenek Betara ke laut hanya mengambil masa 5-6 minit sahaja.Disebabkan itu,bunyi ombak dan tiupan bayu laut serta suasana berada di rumah Defi@@@Nenek Sireh dapat dirasai Betara.Tambahan pula,datuk betara dulu nelayan ugak...but more to agriculture lah..
Kisah Ningsih melakukan Upacara Korban bagi Jembalang Laut pada malam purnama Rebo Wekasan juga berkait rapat dengan cerita Nenek Betara di mana masyarakat Nelayan pada ZAMAN DAHULU percaya akan Hantu Laut yang memberi rezeki kepada mereka dan tidak meragut nyawa nelayan.Setiap tahun di mana seekor Kerbau(atau Lebih) dikorbankan kepada Puaka Laut dan Acak berupa Telur Mentah,Ayam Panggang,Pulut Kuning dan Bertih juga dihanyutkan ke laut.Persembahan Main Puteri/Mak Yong/Ulek Mayang juga dipersembahkan di tepi laut.
TRUST ME......BUKU SETEBAL 540 MUKA SURAT INI MERUPAKAN SEBUAH KARYA YANG MELETOP!!!
INGAT............DINDINGKAN DIRI ANDA SEBAGAI PELINDUNG......JANGAN BIAR DIA MASUK............
BUNYI GAMELAN BEGITU MENGASYIKKAN...
NAMUN BUKAN SEMUA TAHU...
IRAMANYA PENGHUBUNG ALAM SANA...
SIAPA YANG SUDAH TERPERANGKAP...
TIADA JALAN PATAH BALIK.....
SIN TEKA AKU KANCA
(INILAH TEMANMU DATANG)
LAWANGMU NGAKNA
(BUKAKAN PINTUMU)

Subscribe to:
Posts (Atom)