Wednesday, 3 December 2014

Mariam-Uz-Zamani

Hello..Musim cuti nih....Tidur2...ternak lemak.....Huajan2 nih....lapar sokmo...hahahhahaxD!!!

--->Okey...Now..Betara nak bentangkan tentang Mariam uz-Zamani(October 1 1542 – May 19, 1623).Pernah dengar tak tentang nama nih??Nih merupakan sebahagian daripada sejarah Empayer Islam Mughal di India.
Pengenalan:
   Gelaran Mariam Uz-Zamani dikurniakan kepada isteri Maharaja yang berjaya melahirkan pewaris takhta Kerajaan mughal yang seterusnya selepas Raja pada era pemerintahan tersebut.Gelaran tersebut membawa maksud Ibu Ratu/"Queen Mother/Mariam pada zaman tersebut/Mary of the Ages.

Mariam-Uz-Zamani
Catatan:
    Pada era pemerintahan Maharaja Jalaluddin Mohammed Akbar Agung(Akbar the Great),Isteri(Begum) ketiga baginda,Maharani Heer Kunwari Begum telah melahirkan pewaris takhta Mughal(Mughal-e-Takh-Wali-a-Herd) iaitu Putera Salim,seterusnya merangkap kepada gelaran Jahangir.

  Heer Kunwari Begum telah dikurniakan gelaran Mariam-Uz-Zamani dengan dikurniakan Cop mohor,Cop meterai dan Mahkota Rasmi Mariam-Uz-Zamani.Kedudukan Mariam-Uz-Zami adalah kedua tertinggi dalam sistem politik Kerajaan Mughal iaitu di bawah  tangga kedua selepas Maharaja.Heer Kunwari Begum merupakan seorang Hindu iaitu anakanda kepada Raja Bharmal dari Rajput.Perkhawinan antara Maharaja(Sheh-en-Shah) Akbar merupakan titik tolak penting dalam sejarah empayar Mughal.Hal ini telah menyatupadukan isu perkauman antara Muslim(Mughal) dan hindu(Rajvanshi).

Gelaran Mariam-Uz-Zamani sering kali dikelirukan dengan Gelaran Mariam Makani Makani iaitu Mallika-e-Alam Hamida Banu Begum(1527 – 29 August 1604),Isteri pertama kepada Raja Mughal ke-2 iaitu Maharaja Humayun(Ayahanda kepada Akbar).

Mariam Uz Zamani juga memegang jawatan terpenting dalam politik Empayar Mughal.Terdapat catatan bahawa Mariam-Uz-Zamani memiliki  bahtera yang paling besar pada zaman itu untuk memudahkan urusan rakyat muslim untuk melaksanakan Haji di Mekkah.Mariam uz Zamani juga merupakan wanita berdagang yang berjaya.
Contoh replika Mahkota Mariam-Uz-Zamani

Walaupun telah berkhawin dengan seorang Raja muslim,namun Mariam-Uz-Zamani tidak memeluk Islam.Pada masa yang sama,Mariam Uz Zamani juga mengamalkan cara hidup Islam.Mariam juga membesarkan anak Baginda dengan cara orang islam dan Mengiktiraf Islam.Walaupun beragama Hindu,namun upacara pengebumian Mariam-Uz-Zamani dilaksanakan mengikut hukum Islam.Mariam-Uz-Zamani merupakan penyatu antara Orang Muslim dan Orang Hindu menjadi saudara.

Penutup;
Mariam-Uz-Zamani juga telah memegang gelaran Wali Nimat Begum bermaksud Kurniaan daripada Tuhan.Beliau meggunakan gelaran ini dalam urusan dokumen2 politik rasmi.Sejujurnya,Beliau merupakan tokoh wanita yang sangat disegani dalam sejarah dunia terutama dalam Empayer Mughal yang Hebat lagi Agung.

Kala Senja Dia Datang.

Kala Senja Dia Datang
A. Darwisy
Zaifuzaman Ahmad
Saidee Nor Azam
RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-85-2
~720 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 20 Mac 2014

Kala Senja Dia Datang....
Dengar tajuk aje telah menaikkan bulu roma Betara.SENJA....pada waktu inilah merupakan titik di antara Siang@Malam....
Well....Terdapat 3 cerit adalam novel nih.....
1)Kala Senja Dia Datang-Karya A.Darwisy
2)Marina-Karya Saidee Nor Azam(MargaSatwa)-Rujuk entri lepas...
3)Penumpang Malam-Encik Zaifuzaman Ahmad
Kombinasi antara ketiga buah cerita tersebut telah melahirkan MASTERPIECE yang MELETOP!!!Memang seram!!!and..It was wort it....Nak timbulkan feel seram.....Baca di suatu sudut bilik anda...biar cahaya bilik sama2 malap ala2 cerita Vampire gitu...hahahaha....Pasti.....Jika tiba waktu senja....cerita ini akan membuatkan anda rasa sera...meremang bulu roma apatah lagi terdengar lolongan anjing pada ketika Matahari condong ke barat.....memasuki wantu S.E.N.J.A....Nih review nya..
Kala Senja Dia Datang ~ “Anak mak cik, tiba-tiba ghaib! Tolong mak cik, nak!”

Setiap kali matahari terbenam, Azman akan dihantui dengan kisah silam yang meragut kebahagiaan penduduk kampungnya. Bau hamis yang dibawa angin senja memporak-perandakan penduduk kampung. Anak-anak yang tak berdosa menjadi habuan dan hilang begitu sahaja tanpa diketahui ke mana mereka menghilang. Dan sekarang, nyawa anak-anak Azman pula menjadi taruhan. Apakah sumpahan itu masih belum lenyap? Mampukah Azman menyelamatkan isteri dan anak-anaknya dari menjadi mangsa sumpahan ini? Sedangkan darah yang mengalir dalam
tubuh Azman merupakan susur galur dari keturunan pengamal ilmu syaitan!


Marina ~ “Barang milik orang jangan kita ganggu!”

Marina merupakan seorang gadis yang menuntut di sebuah kolej di ibu kota. Dia seorang yang bersifat naif dan kekampungan. Malah di kolej pun, dia tidak mempunyai ramai teman kecuali kawan sebilik bernama Ashikin. Suatu hari, Marina dan Ashikin telah terjumpa seutas gelang kaki yang tersangkut pada sebatang pokok yang rendang di sebuah fakulti. Bermulalah satu episod seram yang menghantui kiran Marina kerana memakai gelang kaki itu. Rakan baiknya, Ashikin juga mula menjauhkan diri. Sebenarnya, Marina tidak bersendirian, dia telah
diperhatikan oleh seseorang. Siapakah orang itu?


Penumpang Malam ~ “Wajahnya tidak kelihatan tapi bau-bauan sering menguasai teksinya!”

Majid kesempitan wang dan terpaksa mencari kerja part-time. Kawannya, Munir telah menawarkan Majid membawa teksi milik bapa saudaranya, Joned. Bapa saudaranya tidak boleh bawa teksi kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Tanpa disedari, Majid telah diganggu oleh seorang wanita muda yang bibirnya terkoyak dan bau-bauan yang wangi dalam teksinya. Ada ketikanya, teksinya dipenuhi dengan daun asam muda, entah dari mana datangnya. Majid juga sering mendapat mimpi-mimpi ngeri ketika dia tertidur di dalam teksi itu. Dapatkah Majid menyelesaikan masalah yang menghantui dirinya?

Novel MELETOP pilihan Betara!!!

Entri kali nih pulak....hehehehe
Margasatwa
Saidee Nor Azam

RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-58-6
~656 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 20 Jan 2014

Seperti yg anda nampak. #MargaSatwa karya En.Saidee Nor Azam sememnagnya telah menambahkan elemen2 seram kali nih membuatkan novel beliau telah berjaya memenangi hati pembaca A.K.A peminat novel seram!!!"Kerana cinta,dia terus hidup."...ungkapan tersebut sememangnya telah berjaya menarik perhatian pembaca........Tengok luarannya telah membuatkan pembaca tertanya2....aperkah plot cerita ini.....??....adakah berkaitan dgn binatang buas ker..??...berkaitan dengan hantu ker>>>??...Hurmmm.......Semangat inkuiri korang tuh semestinya tahap maksimum sudah....LoL....

--->Nih cerita lain dari yang lain!!!bak kata MELETOPP!!!!!!!!Saudara Saidee juga berjaya mengkombinasikan elemen2 Seram+Cinta=MELETOP!!...Betara jamin....kepada peminat novel seram luar sana.....Masterpiece nih sure menambat hati pembaca sekalian.....Sbgai pembaca......5 star x cukup utk #MargaSatwa........Its beyond AMAZING!!!!!!!!OMG!..hahahahahahah....Enjoy okey.....Review buku nih Betara tak mahu bagitau......hahahahhaha...okey larh....nih review nya....
"
Tiga orang penuntut sebuah universiti tempatan hilang di Hutan Tasik Kenyir. Mereka dipercayai telah diserang binatang buas. Anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui. Malah, pihak renjer hutan tidak dapat mengesahkan binatang apa yang menyerang pelajar-pelajar itu. Nasib mangsa serangan masih tidak terjawab. Apakah misteri binatang pemangsa itu?

Manakala Adi Putra yang kecewa dalam percintaan telah memilih untuk menjadi novelis seram sepenuh masa. Dia nekad ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri itu dan mahu mengabadikan kisah itu ke dalam novel terbaharunya.

Namun, Adi Putra tidak menyedari bahawa maut sedang menantinya di sana!"
-----Dipetik dari @buku_Prima.
Betara hope korang enjoy baca ....hahahha...Adios!!!!!

B.U.K.U



Well...
Post hari ini Betara kaitkan dengan buku.
B.U.K.U
-->>Merupakan kitab yang memberikan kita manusia ilmu yang ditulis oleh cendekiawan yang berkaliber.Yer larh..apatah lagi nama cendekiawan...LoL....Betara suka sngt membaca...mmg giler novel arh.....hahahahxD!!